Saturday 25 May 2013

Hari Jumaat



{62}
AL-JUMU’AH (Hari Jumaat) 1~ 11.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Tunduk apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi kepada (kemahuan) Allah, Raja yang suci yang Gagah, yang Bijaksana.
2. Ialah (Tuhan) yang telah bangkitkan digolongan Umi seorang Rasul dari antara mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat nya, dan mebersihkan mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab itu da kebijaksanaan, pada hal sesungguhnya mereka itu, adalah dahulunya didalam kesesatan yang nyata.
3. Dan (dikalangan) lain dari mereka (jika), yang belum berhubung dengan mereka, kerana ialah yang lebih gagah, yang bijaksana.
4. Yang demikian itu kurnia (dari) Allah yang ia berikan kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu mempunyai kurnia yang besar.
5. Bandingan orang-orang yang dibebankan Taurat, kemudain mereka tidak memikulnya, (adalah) seperti keldai yang memikul kitab-kitab, alangkah jeleknya bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah ! dan Allah tidak memimpin kaum yang zalim.
6. Khabarkan lah; “hai orang-orang yang beragama Yahudi ! jika kamu sangka bahawa kamu sahaja kekasih Allah, tidak orang-orang (lain),  maka cita-cita lah kematian, jika adalah kamu orang-orang yang benar.
7. Dan mereka tidak akan mencita-citakan (kematian) itu selama-lamanya dengan sebab (kedurhakaan) yang tangan-tangan mereka telah kerjakan dan Allah itu mengetahui orang-orang yang zalim.
8. Katakan lah; “bahawa se nya kematian yang kamu lari daripadanya itu sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudain kamu akan dikembalikan kepada (Tuhan)  yang mengetahui barang yang azab dan yang hadir, lalu ia khabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu telah kerjakan”.
9. Hai orang-orang yang beriman ! apabila diseru buat sembahayang dihari Jumaat, maka hendaklah kamu berjalan pergi kepada mengingat Allah dan hendaklah kamu meninggalkan perdagangan, yang demikian itu baik bagi kamu, jika kamu tahu.
10. Lantas apabila selesai sembahayang, maka hendaklah kamu bertibaran dibumi, dan carilah kurnia Allah, dan sebutlah Allah sebanyak-banyak nya supaya kamu mendapat kejayaan.
11. Tetapi diwaktu mereka melihat perdagangan atau kegembiraan, mereka telah berkerumun kepadanya  dan mereka telah tinggalkan mu berdiri, katakan lah; “apa-apa yang disisi Allah lebih baik daripada kegembiraan dan daripada perdagangan, dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki”. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][Refenences].