{62}
AL-JUMU’AH (Hari Jumaat) 1~ 11.
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Tunduk
apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi kepada (kemahuan) Allah,
Raja yang suci yang Gagah, yang Bijaksana.
2. Ialah
(Tuhan) yang telah bangkitkan digolongan Umi seorang Rasul dari antara mereka,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat nya, dan mebersihkan mereka, dan
mengajarkan kepada mereka kitab itu da kebijaksanaan, pada hal sesungguhnya
mereka itu, adalah dahulunya didalam kesesatan yang nyata.
3. Dan
(dikalangan) lain dari mereka (jika), yang belum berhubung dengan mereka,
kerana ialah yang lebih gagah, yang bijaksana.
4. Yang
demikian itu kurnia (dari) Allah yang ia berikan kepada siapa yang ia
kehendaki, kerana Allah itu mempunyai kurnia yang besar.
5. Bandingan
orang-orang yang dibebankan Taurat, kemudain mereka tidak memikulnya, (adalah)
seperti keldai yang memikul kitab-kitab, alangkah jeleknya bandingan kaum yang
mendustakan ayat-ayat Allah ! dan Allah tidak memimpin kaum yang zalim.
6.
Khabarkan lah; “hai orang-orang yang beragama Yahudi ! jika kamu sangka bahawa
kamu sahaja kekasih Allah, tidak orang-orang (lain), maka cita-cita lah kematian, jika adalah kamu
orang-orang yang benar.
7. Dan
mereka tidak akan mencita-citakan (kematian) itu selama-lamanya dengan sebab
(kedurhakaan) yang tangan-tangan mereka telah kerjakan dan Allah itu mengetahui
orang-orang yang zalim.
8.
Katakan lah; “bahawa se nya kematian yang kamu lari daripadanya itu
sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudain kamu akan dikembalikan kepada
(Tuhan) yang mengetahui barang yang azab
dan yang hadir, lalu ia khabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu telah kerjakan”.
9. Hai
orang-orang yang beriman ! apabila diseru buat sembahayang dihari Jumaat, maka
hendaklah kamu berjalan pergi kepada mengingat Allah dan hendaklah kamu
meninggalkan perdagangan, yang demikian itu baik bagi kamu, jika kamu tahu.
10.
Lantas apabila selesai sembahayang, maka hendaklah kamu bertibaran dibumi, dan
carilah kurnia Allah, dan sebutlah Allah sebanyak-banyak nya supaya kamu
mendapat kejayaan.
11.
Tetapi diwaktu mereka melihat perdagangan atau kegembiraan, mereka telah
berkerumun kepadanya dan mereka telah
tinggalkan mu berdiri, katakan lah; “apa-apa yang disisi Allah lebih baik
daripada kegembiraan dan daripada perdagangan, dan Allah itu sebaik-baik
pemberi rezeki”.
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][Refenences].
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][Refenences].
No comments:
Post a Comment